Saya berpindah lagi ke rumah baru. Ayah beli rumah baru di ipoh. Di shah alam? erm. tunggu saya balik. dan kita ubah situasi. dunia ni mmg camni. kejap kat atas, kejap kat bawah. kejap lagi..kita naik atas!
Saya juga berpindah blog ke alamat baru. Masih di bawah label blogger. Cuma, menukar akaun dan alamat. masih belum ada rezeki dan kekuatan utk berlabelkan indie. Biarkan myrespons.blogspot yang berumur setahun lebih ini sekadar arkib. Sedang pindah sikit2 ke akaun baru. Saya sudah angkat sikit2 barang. hias2 dulu. insyaallah akan dibuka utk lawatan semua dalam waktu terdekat.
Lebih fokus. myrespons v2 diwww.thaaqhibmohammed.blogspot.com
1947; bermula Perang Dingin selepas berakhirnya Perang Dunia. Perang propaganda dan saraf antara US dan Soviet.
1957;Sputnik 1 of Soviet dilancarkan ke angkasa lepas, cinonet je~hanya sebesar bola.
1957; Anjing ‘Laika’ menjadi anjing pertama ke bulan mewakil Soviet. (US hantar lalat..~1948..tapi lalat?)
1957; US hantar Explore 1 mengikuti jejak Soviet.
1959; Soviet servey bulan dengan Luna 1
1961;Yuri Gagarin menjadi manusia pertama mengorbit bumi.
1962;Glenn mewakili US sebagai manusia pertamanya di angkasa lepas. Sehingga tahun2 ini, US sentiasa menjadi yang kedua selepas Soviet.
1967; Kegagalan bersiri Soviet dalam pelancaran, dan juga kematian beberap astronautnya.
1968;Apollo 8 dilancarkan ke angkasa lepas bagi mengelilingi bulan. Dan sebagai pantauan awal sebelum memendaratkan manusia di sana. Dan, menajdi yang pertama menangkap gambar bumi dari angkasa lepas.
1969; NASA hantar space probe Apollo 11 ke angkasa dan selamat mendarat di permukaan bulan. Kontroversi situ-sini. Bulan? Atau desert di amerika? Namun, ini adalah titik tolak kepada pemintasan US terhadap Soviet. Menjadi yang terunggul dalam penerokaan angkasa lepas. Soviet ditewaskan.
2009; 40 tahun dikatakan manusia berjaya mendarat di bulan. Tahun Astronomy Dunia. Penghormatan kepada Galileo punya observation terhadap bulan, yang dah berumur 400 tahun.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hanya sikit ‘fakta’ nombor bagi sesiapa yang terlepas isu ini. Melaporkan data dari pihak NASA, kadang2 menyebabkan saya amat bias kepada mereka. Dan kerap juga memberikan laporan agak kurang tepat. Nak berujukkan Soviet secara terus, erm..soviet Negara tentera. Walaupun saya tahu bahawa isu ini kuncinya pada rujukan Soviet, sbg pioneer dalam penerokaan angkasa lepas ni. Tak mudah access maklumat. Tak tahu banyak. Terima saja. Ya dan ya dan iya!
Cuma, 24 april lepas, NASA kembali dengan misi lawatan semula mereka ke bulan. Tapi, sekali lagi saya kurang maklumat ttgnya, masih tiada laporan rasmi lagi. Space probe kali ni dah saya lihat ilustrasinya. Mengatakan ia adalah susulan dari lawatan ke-6, saya masih lagi tetap dengan ‘demand’ bukti lawatan pertama.
Dan 24 April lepas juga, astronauts of Apollo 8 dah buat sembang2, dah jelaskan ttg isu perang dingin pasca-perang dunia dulu. Blok Soviet vs Blok US. Erm..hum~Malaysia mungkin agak ketinggalan. Tapi saya tak.
Soviet sehingga kini masih lagi tidak memberi respons apa2 berkenaan misi Apollo 11. Dan berakhirnya zaman perang dingin, seolah2 semuanya sudah berakhir. Dan sejak 1975, Soviet sudah boleh bekerjasama dengan US. Beberapa kontroversi dibiarkan saja berlalu. Mungkin taknak mundur ke belakang dah.
Perang dingin yang bertahun lamanya, surut pada tahun awal 90-an. Soviet dan US makin tidak menekan2 sesama mereka seawal 85. Ke arah dunia lebih harmoni. Ketika itu saya dan kawan2 lain generasi baru..lahir.~ uhu~takde kaitan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Memerhati isu dan perkembangan dalam bidang astronomy ini, kadang-kadang menyebabkan kecewa dengan perkembangannya di Malaysia. Seolah2 banyak sangat benda terlepas dari pandangan kita. Dan, rasa-rasanya tak banyak pulak yang kita kuasai. Lepasnya banyak, ambilnya sikit.
Ya! Ia cabang fizik. Satu lagi namanya Astrofizik. Itu lebih focus tentang penciptaan alam semesta dan lebih dalam. Manakala astronomy kajian umum sahaja. Pencerapan dan Falak. Berbeza Astrology. Ia adalah pembelajaran kuno, ritual dan dongeng terhadap alam semesta. Namun, itu semua bukan focus saya. Sekadar, melawat2 sebab satu alam saja. Cuma, harap2 dapat jumpa orang yang betul2 dalami bidang ini. Mewakili Malaysia dan Islam sendiri.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebelum ke Mesir, sempat jumpa Hobbyst dalam bidang astronomy ni. Namanya lupa. Kerja di TM (nama baru Telekom Malaysia). Miliki telescope pantulan sendiri. Katanya buat sendiri. Erm, saya dah tengok dan memang buatan sendiri. Sempat juga melihat bulan dan permukaannya melalui lensa teleskop beliau. Lokasi? Masjid di kawasan Setiawangsa. Eh lupa! Syihab Rasyidee ada ketika tu. Syukran kepada Kak Sila kerana mengintroducekan kepada beliau.
Juga terjumpa dengan saudara Saif Zarin yang katanya juga peminat seni astronomy. Tetapi terpaksa kuburkan niat dan minat. Sekarang menuntut di bidang Perubatan, Negara mesir. Sebuah Negara yang kuat mitos astrology nya. Kata saya pada beliau. Cita-cita jangan dikuburkan. Tetapi disimpan. Satu hari nanti kita pasti akan boleh kecapinya. Allah Izin.
Kepada Karim; budak yang saya dah lupa nama asalnya. Pengkaji alam semesta yang baru grad SPM 2008. Did well in spm. Sekarang di DQ. Tak sempat kenal-sembang lama. Kenalan maya saja. Minat dan focus dalam astrofizik. Kajian penciptaan alam semesta. Big bang, dark energy. Dan lain2. Katanya ingin sambung bidang ini. Entahlah~ macam susah saja di Malaysia. Di luar? Biayanya pon loklaq.
Kepada Zahir Yahya; kawan yang tetibe masuk Perubatan, padahal memang dia tak leh buat perubatan. Pengkaji Fizik. Dulunya~ Minat pada sains partikel. Nuclear dan atom. Antaranya yang menjelaskan minat saya. Sama-sama berkongsi minat dalam focus yang sama. Ada subjek Bigbang yang berkaitan Astrofizik.
Herm~Alhamdulillah, semoga ramai lagi orang Malaysia dan Muslim yang menceburi bidang ini. Ya! Sekalipun saya bukan dalam bidang ini. Sekurang-kurangnya memberi sokongan dek kerana alam yang sama. Alam Fizik. Disiplin yang sama.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya, di tahun2 hadapan. Harap2 akan bercambah dengan pesat generasi yang menghargai alam dan ketinggian ilmu. Yang menghayati ilmu hingga ke dasarnya. Tahniah kepada pasukan penaja dan pelaksana Measat-1 pada 1995, dan usaha astronomy lain. Razak-sat, Tiung-sat. Misi Dr Sheikh yang beri kredit Usahasama Soviet-Malaysia. Kita masih bayi lagi. Tapi tak salah utk bercita2 besar.
Astronomy. Astrofizik. Dan fizik itu sendiri perlu dihayati dan dikembangkan dari dasarnya. Bukan hanya permukaan atas saja. Bukan asek dijadikan isu saja. Isu bahasa lah. Isu kafir lah. Ape2lah. Ya! Hayati dan kuasai fundamental. Sekali lagi! Semoga Astronomy semakin berkembang di Malaysia. Dan bukan hanya siaran ASTRO saja.
Islam juga ada subjek fizik di dalamnya. Kalau tak. Takde lah kita berbangga dengan para ilmuwan islam silam. Yang tersohor di merata dunia. Dengan penemuan2 mereka. Mereka praktis islam. Mereka juga praktis ilmu dunia. Mereka praktis juga fizik.~hu~
Saya mungkin betul dalam penaakulan fakta. Mungkin juga, saya salah dalam membaca maklumat. Mungkin juga salah dalam menapis informasi. Tapi, insyaallah, saya bukan bangsa Wikipedia. Apatah lagi penganut Google sahaja. Cuma! Ape sebenanye sebab saya tulis post ni?~~huh~sekadar menulis dari hati saja~ x de focus. Adoi2. Dah la panjang.
Lowrate VOIP yang amat layan untuk dinikmati. Fuh~ Sedap2. Utk penduduk asyir leh call zizo di ym = ir_luziaz. Dapatlah call dengan best nya dengan family, cekgucekgi, kawan2 sume. Erm. Best2.
Bila bersembang.kita dapat tambah pengalaman. Dapat juga tambah penghayatan. Dapat juga luaskan pandangan. Lagi-lagi dapat tambah spirit kekuatan.
Sedar tak sedar, dah 4 tahun masa berlalu sejak zaman SPM05. Dan secara rasmi berpijak di alam bukan sekolah. Tengok sekeliling. Belajar cara lain. Dan taqwa cara lain.
Dan seronok bila berkira-kira melihat orang2 di sekeliling yang dah abes SPM. Mereka bekerja dan beraksi di alam yang mencabar dan yang bukan “template skola”.
Suka jugak tengok orang di sekeliling peringkat keluarga dan bidang2 pertempuran mereka. Masing-masing. Banyak belajar. Bila duduk senyap. Sorang-sorang. Dan hadamkan pengajaran bila belajar tentang hidup mereka. Cuba? Silalah.
Inilah orang di sekeliling saya. Semacam-macam mana mereka pun, mereka tetap ada di sekeliling saya juga. Mungkin bukan saya yang mengelilingi mereka. Mungin juga bukan mereka yg mengorbit saya. Mungkin mereka pada system masing2. Tapi, mereka adalah alam saya. Dan itulah medan saya.
Inilah mereka selepas SPM
Family
Ayah = Engineer; jurusan Kejuruteraan Elektrikal. Umur dah 50 (erk!). Sekarang mula balek dari bawah
Ibu = Cekgu aka muallimah; jurusan Kejuruteraan Sivil. Umur bawah sikit ayah (wo~~). Dapat Anugerah Inovatif masa 2004.
Along = Paintballerz? Budak Law UIA; Tahun Akhir. Tua dan tak kawen lagi. Umo 25. Adoi.
Angah = Accountant; Grad dari UIA Econs. Bizi dengan nombor2..kredit debit..hahah..bese ah.
Wa = Budak belasahan Aliph (Alumni HIRA’); grad dah Sijil Teknisyen Akauntan (CAT) , sekarang sedang kejar sijil professional ACCA..2 tahun lagi abes.. Huh murka beta!
Family Belah AYAH
SITI = Sayyidati-siti-nenek aka orang paling tua. Peserta larian jarak dekat dengan kerusi roda. Adoi2. Siti mantap! “alang tolong alehkan siti” “adoi..eh..eh..jatuh!”
Maklong Tiak = Erm..Ketua Wanita UMNO kawasan situ. Area Baling dan Bayu kot. Kedah. Suaminya baru meninggal. Pak Long Nan. Abang kepada Ayah dari isteri kedua SIDI (sayyidi-sidi-atok).
Abg Man = Aiseh..x de rekod..sori2.
Abg Mi = Mmg x updet..kembar abg man
Dua lagi anak dia yang dah abes SPM.. erm..lupa2.. aiseh.. teruk tol..jarang jumpa.. lupa. Tp, yang sorang tu, yang perempuan. Baya Afiq dan Kak Teh.. peh..mantap dia! Walaupun hidup susah, tapi..tip top. Budak bola keranjang. Sukan. Pelajaran. Sume marveles
Paklong Kedah = Pensyarah Arab di KUIS. Dah pencen dah~ adoi keje lagi..tak de pengganti. Bulan 9 dtg mesir?
Mak Long = Suri rumah sepanjang hidup. Hahahaha.. tapi tetap keren dengan pemanduan mercedes nye~
Abg Fifi = Lawyer yang berkaliber skrg. Erm.. asek masuk mahkamah je. Dah kawen ada 2 anak.
Abg Hatim = Engineer, dulu selalu dapat projek pilihanraya di serawak. Serawak? Ades.. Asek kene perli ngan family je.. serawak? Huhu.. sekarang dah kawen. Anak sorang
Kak Huda = eh, dia ape ek? Huhu~ x ingat. Tapi still muda. Baya along kot. Ntah~
Kak Teh = keje jadi pembantu klinik di Sungai Buloh KL. Jaga SITI? Hahahah. Takpe..pahala banyak.
Ju = erm Medik Kuantan. UIA lah! Erm, asek komen cuti sikit dan kene balek semula.~ releks a bro. SMAP Labu dulupon cenggitu juge
Pak Lang = susah hidup dia dulu. Nak kahwin, keje macam2. Jual bunga itu ini. Macam2. Akhirnya berjaya. Usahakan syarikat ElMech. Supply barang engine.
Mak Lang = Bussiness partner Pak Lang. Peh~sehati sejiwa lah! Bagus. Itu yang kita nak~
Pak Cik Din= Keje Angkasapuri. “Alang, raya nanti ada live Hijjaz di TV1” “TV1? Erk!”
Cik Nah = Cekgu Math..english dia..adoi..slang~~
Afiq = belajar Engine, lupa kat mana.. erm..erm! umo 23 tahun dah
Angah Cik = Medik Mesir Alex, MARA punya orang. Dah 3 tahun upenye~ isk isk..sekejap je
Pakteh = Engineer Petronas. Grad luar Negara. Mana ntah lupe.. Yang pasti, dia satu-satunya dalam family ayah yang belajar luar Negara. Dah gi haji ari tu. Skrg dah main chatting YM.
Mak teh = Cekgu ek? Lupe… tapi selalu je sembang2 dengan kelompok cekgu kat umah. Pastu gelak2. Huh~ngumpat ape~!!
Pakcik Rin = Keje Pasang2 Mesin Engineering. Keje dia, ulang alek. Korea. Bangkok. Singapura. Dan lain2. Adus~ Bese aa..boss cina. Tapi, peh..cam bes. Asek Outstation seminggu dua. Erm. Fizik. Fizik!
Cik Dah = Keje..ape ek. Celcom ek. Selalu dengan baju birunya. Lupa post ape.
Pak Su = Baya Abg Fifi kot. Grad Sains Komputer. Keje Sewa Jual Kereta kot. Erm..konpius..lupa. Tapi, mmg kuat layan bola. Team along gak aa ni.
Family Belah Ibu
Atok = Ustat! Ustat bersara. Skarng jadi pengerusi masjid kat SPPK IPOH. Rasanya, dari kecik jadi pengerusi. Takde sape nak gulingkan ke? Atau..memang dia bersih.cekap.amanah.!! Hidup atok
Opah = Ustazah bersara. Dulu ngaja ape. Dah lupa. Tapi..sekarang tolong atok. Bab masak2. Mmg masak sedap lah! Oh~nanti alang post pasal “Daging Masak Kicap”.
Pak Long Perak = Sempoi dan selamba. Accountant. Keje selalu di Shah Alam. Audit sana sini. Dengan kancil putihnya.
Mak Long Perak = Cekgu BM. “ Bahasa paling asli dalam bahasa Melayu adalah bahasa kampong Kedah” “ erk!!”
Mak Yang = Cekgu Kimia. Speaking omputih affluence tol!. Tak puas hati. Dia tolong jaga kedai BARADA lepas abes skola.
Pak Lang Perak = Usahawan Barangan ISLAM. Kedai dia BARADA ENTREPRISE. Kat teluk intan. Belakang menara condong. “Alang tolong designkan card BARADA boleh?” “Erk!! Dush dush”
Ateh = Accountant di Pejabat Daerah Batu Gajah. Heheh.. seronok ‘pow’ ateh ni.. huh~ baik ngan dia. Bila nak kawen? Heheh..mesti kene marah~
Pak Su = Erm, pembantu atok ngan opah sepenuh masa. Caya la!! Bawa kete ngan moto cermat tol. Erm.. sedap2. Mmg leh buat semua bende ah pak su ni. Cuma, bila nak kahwen? Hu~
Family Angkat? Er~ ye ke?
Pak Cik Chon = kerja dalam Kementerian kebudayaan (ek?) . ntah la. Ye kot. Merata2 duduk kat Malaysia ni. Kali terakhir pegi umah dia di Seremban 3. Sekarang di Labuan
Mak Cik Salmah = Keje ape ntah. Lupa. Tapi masak udang..sedap! “Thaaqhib ingat mak lagi dak?” adoi2.. tapi, sampai skrg tak penah salam dia lagi.. tak leh..batal wuduk. “Nak blajar luar Negara pon x leh salam jugak?” “ tak leh!”
Abg baie (baithuri) = dah kawen. Keje kulinari kot. Erm.. lembut (bukan gemalai ye) dan mesra orang ramai. Minat kereta. Erm. Beli kancil. Terus tukar sport rim. Potong spring.
Kak (lupe) = dah kawen gak. Aiseh, x pegi majlis dia. Tapi sempat jumpa kali terakhir! “eh, thaaqhib!”
Kak Najah = Baya along. Paling rapat ngan dia lah. Erm.. lupa nak jumpa dia. Erm..camna la dia ye. Takpe la..cari a no die. Call.
Erm.. bape ntah jumlah ni~ malas kira. Tapi..semestinya ramai!. Belum tambah yang tak SPM lagi. Erm~ ramai… erm. Itu stakat rekod 2009. Lepas ni?~adoi
Individu Cemerlang
FAMILY GEMILANG Masyarakat Terbilang
Zaman skrg..semua nak high high. Taknak yang rendah2 dah. Nak tinggi ja~ aish.
Takpe..saya masih lagi kategori rendah. Jadi tinggi pun, org akan sentiasa pandang ke bawah. Eh~thaaqhib..hehe. “erm!”
Youtube skrg berpakej HD, untuk nikmat paparan lebih marveles. Torent muvi atau video dokumentari, nak yang HDTV je, say no to ‘wayang tangkap’. Camcoder Canon pun dah taknak sentuh kalau tak bagi rakaman format HD. Sony pun layan HDAudio, bumbumbumbastik! Bunyi2 kampung tak main ye~
Gambar luas. Resolusi makin besar. Piksel gambar makin kecil dan seni. Bilangan frame per saat lebih byk. Audio wave dibahagi lebih khusus. Setiap getaran diberi perhatian khas. Pastikan berfungsi 3 dimensi.
Mata memang dapat nikmat secukupnya lah. Telinga, mmg head-banging lah. Duniaku! Waish~
Dulu masa main fotosyope versi 8. Masa Flash5 dulu. Erm, x rasa nikmat macam skrg. Bab loading yang amat lama, adoi.. no komen. Audio, susah nak kasi sedap, sbb banyak pakai single line dan analog. Tapi, masa dulu..itu lah yang terhebat. Tak jangka pulak akan ada cam skrg.
Dulu digital camera masuk Malaysia tahun 2002. I earned mine on 2003-Nikon 3.2 mp. Skrg dah taktahu nak cakap ape dah..sorga digital!! Dulu SLR, skrg DSLR. Dulu, itu mainan org besar2. Skrg, sejak Nikon kasik yg murah.. semua boleh pakai..malah budak2 pon layan.
Dulu pakai VHS, pastu dtg teknologi digital masuk CD. Pastu DVD. Pastu, ada pulak yang mini. External drives-thumbdrive, cards dll. Hardisk pulak, takmain mega-mega dah.. kasik tera-bytes terus. Blue-ray disk lagi..erm~ Mmg maju.. sorga!
Zaman silicon. Cyber. ICT. Ape lagi? Internet
Dulu,zaman 1997. Internet pakai Jaring atau TMnet. 56kbps.. main kilo je. Itupon selalunya 15kbps je rate dia. Saya pakai id tmnet ayah, matsudin. Paswed mhs5251. Pastu ade la pulak streamyx. Broadband. Jalur lebar. Masuk pulak Wifi. Wireless broadband lagi. Celcom. Maxis. Orang nak 3G, kita nak skali. Saya pakai 3g maxis tahun 2007.among the early birds!
Dulu chatting pakai email. Pastu ada mirC. Tetiba pulak masuk messenger. Yahoo! Tahun 2002. Skrg pakai macam2 lah. Dulu nak godek website, kene terer java semua tu..C++. Ngarut dan pening. Skrg, budak2 je dah main template blog. Buat sendiri server game lagi. Jadi hackers pon ..sesape boleh dah.
Hai~~haish.
Cuma, kecewa je tgok. Perkembangan sebegini pesat, langsung tak kita hargai. Kapasiti besar, tapi yang digunakan hanya kecik.
Kalaulah teknologi hanya digunakan utk main2.. erm~~ rugilah. Internet buat tgok youtube je. Torent utk muvi je. Ipod hanya utk denga lagu je. Bukak website, x abes2 bharian, utusan, harakah, isu2 panas politik, blog, facebook, frenster, pastu YM.. chatting memanjang.
Kalau nak buat semua tu,~ saya waktu 1994 dah buat. Takkan dah 2009..masih trend yang sama?
Bila sebut, "saya selalu study gune komputer, selalu guna internet utk faham pelajaran"..semua menganga. Erm~ ades2. Bila chatting, alih2 bende sama yg disembangkan. Padahal..banyak je ilmu dan dunia lain boleh dikenali di luar tu. Guna ICT, kita leh keluar dari jaringan kita sendiri. Erm, kenapa x buat?
Tahu tak, 24 April ni NASA akan hantar space probe ke bulan? Skrg adalah tahun astronomy dunia. Amek Tahu!! Palestin camne-askar kene sorok? Afrika? Ha~ jgn asyek isu biasa saja..politik dan politik.seronok situ je.
Izin Allah. Dunia tanpa sains fizikal, mungkin akan jadi biasa2 ja. Semua2 yang di atas, x wujud kot. Tapi, bila Allah dah beri izin.. buat lah betul2. manfaatkan lah. optimumkan lah. takperlu org ajar.. pepandai rasa sendiri. intuitif dalam diri
haish~Seronok tengok banyak bende dah meningkat maju. Semua high format. High resolusi. High-bandwith. High Definition. HATI? Bila lah nak di highkan~ Semoga Ikhlas + Tenang.
ICT = information and communication technology.
notakaki : Baru balek kuliah. Patah balek. Bas penuh banget.
hayati penghambaan thdp tuhan- KAU YANG MENGETAHUI-Yasin Sulaiman
Insyaallah pada 11.30 malam 20 April 2009, saya akan dikatakan berumur 22 tahun secara rasmi. Kiraan tidak adil dunia sejak dari 1987. kerana bulan tidak sama jumlah harinya. Masakan pula boleh tepat harijadi?
Ini pula senarai entries saya yang telah saya baca semula pada malam ini. Terkesan sendirian. Semoga saya sendiri mengambil tauladan. Manusia yang berkata dan tidak bekerja, akan terburai ususnya di Qiamat nanti. Ya!
List ini adalah yang terbaik yang mampu saya lakukan di umur 21, lepas. Jumlah kiraan 30. melepasi tahap lulus dan cukup banyak untuk melengkapkan sifat hipokrit dan cakap-tak-serupa-bikin.
Iktibar dan tauladan dan tindakan dan janganlah duduk lagi, pergi la bertindak!
Mula! Menjelang 20 April 2008 hingga menjelang 20 April 2009. Ambil masa banyak juga..nak mentelaah semula ni.. Alhamdulillah, saya tak buat lagi suntingan kepada mana2 tulisan ini untuk menjaga originaliti. Maaf kepada mana2 tulisan yang kabur atau tak nampak. Mungkin waktu tu, guna pensil HB~ hehe.
Musim Exam adalah antara musim yang paling best mengucapkan sayang dan cinta kepada sesiapa. Juga menyampaikan penghargaan kepadanya. Sebab masa musim ni lah~ kita rasa orang sekeliling dan juga alam, amat membantu dan membesarkan kita. Itu sayalah.
Untuk kali ni, saya berikan~~~Pertamanya, kepada Keluarga. Ibu, ayah dan family. Untuk keseronokan membesarkan alang. Untuk bekalan janakuasa duit dan juga kebendaan. Apatah lagi doa dan sokongan kepercayaan.
Keduanya, kepada diri sendiri. Tahniah Thaaqhib. Anda tak pernah jangka anda pergi sejauh ini. Hargailah pencapaian ini. Yakin! Dan terus terbang tinggi.
Ketiganya, kepada kawan2 yang sedar tak sedar, anda adalah KAWAN saya! Shukran. Yang sealiran pendidikan. Yang sealiran pemikiran. Yang sealiran pandangan. Yang sealiran agama. Yang sealiran rasa. Yang sealiran dunia. Dan yang sealiran cita2.
Kat bawah, adalah beberapakepingan gambar dedikasi buat kawan2 yang rasa cam nak didedikasikan kat blog ni. Dah lama x main fotoshop, jadik malas nak main. Main Powerpoint sudah. Setakat simple2 camni.. powerpoint dah la ye~ sekadarnya.
1) Qamarul Naim; tahniah utk kahwen. Tahniah dan tahniah. Lagi tahniah. Tahniah,tahniah,tahniah. Speechless. Dan jangan lupa ‘kol’ ana~ hehe
2) Wan Hilmi; tahniah utk terus yakin dengan Md.@Azhar. Saya hormati dan sanjungi dalam diam. Tahniah. Kamu hebat! Takdir Allah, nak kamu jadi HEBAT!
3) Fahmi Suhaimi; tahniah utk percaya dengan kebolehan sendiri, dan Md.@Azhar. Ingat balek masa kenal waktu KM dulu, erm..rasanya tak salah pilihan saya utk mengkagumi anda!
4) Thaaqhib Mohammed; tahniah sebab kamu tak kecewa dengan diri kamu. Teruskan ikhlas, dan teruskan tenang. Iman. Azam. Usaha dan Tawakal. Semua boleh jadi. Tak percaya lagi?~~
5) Juga kepada unta ini~ pada unta lihatlah keajaiban penciptaannya.
Baru tadi khairul bagitahu, exam dah keluar jadual. Starts with the takhallufs on this 5th Mei. Then, followed by the other papers on the next week or two. Wah!! Just around the corner, less than a month to go. Aish!
Last week, dianjurkan satu pertandingan nasyed sempena festival budaya sukan ASEAN 2009. Memperlihatkan 13 kumpulan bertanding seni budaya mereka. Fetya; sebuah kumpulan kawan-kawan saya, telah menyertainya dan menduduki tempat ke-empat. Juara dari Johor dengan persembahan ala-kebangsaan mereka. El-Fata; team Indonesia memenangi tempat ke3. Dan Le Consensio dari Singapura menduduki tempat kedua.
Beberapa kumpulan telah menarik minat saya secara peribadi. Dari sudut music arrangement, saya puji dan admiring grup Sayembara (Malaysia). Dari sudut penghayatan pula, saya meminati karya Nur Nilam Sari (Thailand) . Dari penilaian persembahan yang meyakinkan, saya sokong Nada Negeri (N9). Elfata, pula pujian pada keketatan harmoni suara. Bagus LAH!!
Cuma, yang paling saya admire adalah Nur Nilam Sari. Sebuah kumpulan dari Pattani. Yang bersungguh2 untuk menyertai pertandingan ini. Walaupun terlewat, tetapi masih bersemangat ingin menyertai. 5 orang ahli, 3 vokalis, seorang gitaris, seorang percusiionist dan seorang bermain shaker.
Melihat dari sudut seni muzik dan suara, secara jujurnya, mereka bukanlah ahli. Kongga hanya diketuk membentuk bit sahaja. Shaker digoncang dengan bunyi sekata sepanjang masa. Gitar boleh diberi pujian. Tetapi, bermasalah sedikit apabila sambungan wayar ke PA system tidak kemas, menyebabkan beberapa lines awal tidak dicover dengan petikan gitar. Vokal pula, tidaklah mampu bersaing dengan kumpulan lain.
CUMA, yang menarik bagi saya, ialah mereka mencipta lagu sendiri yang bertemakan ukhuwwah. Lagu slow, yang syahdu serta sarat nasihat. Boleh nampak usaha gigih di wajah mereka. Usaha dalam menghayati lagu tersebut. Tahniah. Jika saya? Saya akan meletakkan mereka kumpulan Juara. Dan Sayembara yang kedua. Kerana saya menilai seni pertama dari sudut penghayatan, dan kedua dari sudut kreativiti serta harga seni tersebut.Sebab tu juga, saya tak leh jadi hakim pertandingan nasyed.. hehehe..
Ok..Sila mengkelik dan mendengar. Salam Ukhuwwah dari Nur Nilam Sari. Jika anda menghayati betul2. InsyaAllah, bergetar jiwa. SEMOGA ADA KAWAN2 SAYA YANG SUDI BUAT COVER BAGI LAGU NI SEMULA.
Salam Ukhuwwah Nur Nilam Sari – Thailand Nasyed ASEAN 2009
Di sini kita bertemu mesra
Di dalam suasana gembira
Penuh barakah melimpah rahmah
Kasih sayang terjalin sudah
Di dalam kemeriahan ini
Mari kita panjatkan kesyukuran
Di atas segala nikmat yang dikurniakan
Di atas segala kesenangan yang diberikan
Untukmu kami hulurkan
Salam ukhuwwah ikatan kasih sayang
Moga pertemuan ini dapat menjalinkan
Kemesraan yang berpanjangan
Di dalam keindahan suasana
Jangan lupa mengingati Allah
Ingatlah kita sebagai hamba
Sentiasa di dalamnya dan di awasi batas-batas
Pergaulan hendaklah dijaga
Jangan melampaui sempadannya
Kesopanan dan kesusilaan
Jadikanlah ia amalan
[Chorus]
Untuk mu kami hulurkan
Salam ukhuwwah ikatan kasih sayang
Moga pertemuan ini dapat menjalinkan
Kemesraan yang berpanjangan
Pabila bergembira jangan kita berlebihan
Pabila ketawa jangan keterlaluan
Kerana itu semua merosakkan hati
Dan membunuh jiwa kita
Tiba lah masanya kita berpisah
Hulurkan tangan pohon kemaafan
Di atas segala kesilapan
Dan semua ketelanjuran
Bilakah lagi kita kan berjumpa
Mengubat rindu di jiwa
Hanya Allah Mengetahui jua segalanya
Segala ketentuan di TanganNya, di atas KehendakNya
Untukmu kami hulurkan
Salam ukhuwwah ikatan kasih sayang
Moga pertemuan ini dapat menjalinkan
Kemesraan yang berpanjangan
Tengok tajuk balek. Ish~ adakah saya terlalu bermain bahasa ..pilih2 perkataan best2..padahal ape je pon~ Urm~umph. frankly, I tend to put everything packed in a just one-or-two words. Meneliti setiap kekuatan kalimah dan berikan konklusi cadangan yang ringkas. Harapkan ia padat dan berfungsi sbg peringatan pantas. Tengok sekali terus ingat serta kemas. Sematkan di hati.
ini pula, adalah entry, yang saya sendiri suka baca berulang kali. sekurang2nya motivasi pada diri.
hum~
Menonton a muvi, a long time ago, not once, but several times re-watching it. Titled as humor. It’s the Home Alone, the phenomenal muvi since my childhood. 90s, if I’m not mistaken. Watched it for the first time when I was 7. Zaman VHS lagi. Tak pergi wayang. Tak pernah pon. Ayah marah kalau pegi wayang. Sebab kata, kalau mati time tu, nak jawab pe?~ Ayah bought that VHS dan kami tengok sekeluarga, the whole family. Tapi, tak tau a depa ingat tak.
Not to define or summarize the muvi, but to cut-out some of its lines of dialogue, and make it as a quotable quote taken from it. Ya! Omputih-Muvis have a lot of bulks contain pengajarans and moral values that shud be seen and amek istifadah darinya. Jadi, BILA MENONTON muvi tu, jangan lah tengok kosong je.. AMBIL LA SEBERAPA BANYAK PENGAJARAN darinya, kalau taknak..baik tak yah tengok..asek nak berhibur ja~ dan bila dah banyak pengajaran jgn dok simpan gitu ja… amalkan. Baru x jadi fitnah!
Recalling..~
A big upside-down crazy family was on hurrying to catch their flight to Paris. It’s already too late. They missed the time because the clock didn’t rings on the mean time. Everyone was rushing out, left the house in hurry and mouths keep on mumbling and yelling. Huh~ and, to do a whoosh and reach the plane in 45 minutes is totally impossible.
Dalam situasi tu, si ayah dan si pakcik sedikit ngomel-ngomel
Uncle: There's no way we'll make this plane. It leaves in 45 minutes.
Dad: Think positive!
Uncle: You be positive. I'll be realistic.
Guess!! What’s happened next?
Hahaha~ Eventually, they did the rush. It was a relief when they cud step into the plane just a minute before the door closed. Before, they ran all over the way to the terminal. The whole family was in desperate, worrying their PARIS flight.
At the end of the run-scene..Uncle missed his conscience, and Dad won his faith.
Frankly, this scene makes me wonder, how really a bad situation such as what happened in that case, can be smoothen at the end. Well-done! Umph~practically, they couldn’t make the plane. However, with the great trust, faith, being optimistic, hi-desire and a mass-workout .. they really made it.
Erm.. and me. Myself. I write of myself. For sure, others can’t totally understand these lines, until he slips in my shoes. My size is 41.
Somehow and sometimes, I lost my faith, lost my trust in myself, myworks, myplans. Calculating everything in logic always makes me feel I can’t do what I want. It’s often. Though, logic is always practical. And practical means it’s real. Logically.
Alhamdulillah, I came after this blockage. For this, I refer Islam as well as I refer physic in everything. Islam teaches us different thought. It teaches us the art of Tawakal. The fundamental of Iman. And so on. Since that muvi, was kafir’s. but the idea still means Islam. Being positive and optimistic rather than just making sound yelling at everything for its bad, laying just on what we can see, read and expect. Aish~
Ya! Be an Optimist. Think Positive even we are facing a worst time of our lives. It’s ok! Just have a little faith in what have we done. better than standing still as a pessimist.
The mind power is greater dan amat kuat berbanding yg lain, kemudian datang pula great desire dan hardwork.. insyaAllah..semuanya jadi!
Doa! For having faith that eventually, we did our job well as what as NABI did. Sahabat, tabiin, Islamic scholars, physicist, and even the family of Kevin did!
And Thaaqhib, you are about 2 years and 4 month to finish what have u started and start what’s being left unfinished by the others. Doa. Tawakal. Iman. Usaha
and last but not least.. bila nak masuk kelas BI ni? Teruk sangat dah bahasa ni. Adoi.. pisau kalau dah tumpul, tak leh memotong.
Sekian. Aba Kabar. Siaba Nama. Gumba Lagi.
-ini adalah beberapa lines lagu yang menjadi kegemaran saya sekitar ini-
he ya he yo~ he ya he yo~he ya he yo - nyanyian kumpulan el-fata (nasyid asean) -ini unplugged
ada sang ulat bulu, punya kaki seribu, siapa jumpa kakiku kakiku - kumpulan shoutul jihad (smap labu) - ini dapat dari eckm..dari youtube, search smap labu
heal the world, make it a better place, for you and for me..na na na - fetya (nasyid asean)- ini juga unplugged
kau yang mengetahui, naluri ini, yang ingin kembali pada yang pasti - yasin sulaiman (arus qudus album) - ini amek dari mp3crypt.blogspot.com.. sorga mp3.
it's a long time since I've been blogging in English. although i realise that jotting down my thoughts in english will be better than in MELAYU. some will be saying that i'm a pro-PPSMI, which the answer goes YES. while some will says that "betulkan la dulu grammar hang oi!". Erm, no serious excuses, just lost of interests since my introspective time, lately.
a 'wat-eva' face, thats all i can give as the return. blink+blur. 1000 apologize
Erm, i was back after a upside-down Ceremony handling as its MC. Sat a while in the middle of time of breakfast. Pay a laypark in arma's CC for an hour. Logged into ymailbox, receiving Techrepublic's mails and update. click. read. hover. okay. its about vista's system restore, team performance and so on. Didnt have an appetite on it that day. Got 'belasah'ed with the very-love last minutes work. aish! Ya, the huha huha and mind-pressuring one. erm.. A typical of Thaaqhib?. ah~ wateva. Allah Knows.
Then, for no reasons, my eyes get catched by a teaser in yahoo.com. Its just about a news report. The jurnal after someone hand, whom i never know his background well, but just the affiliates (AP). It can be a teasing short lines and no more. but its worked on me and applied as well.
Erm.. and till now. i love to read it. why dont u also.
Woman finds $357,959 cashier's check and returns it
LOS ANGELES – As she walked from a post office, Talon Curtis thought she'd found one of those gimmicky sweepstakes offers on the ground that scream something like "$357,959.55" in big bold letters and "This is not a real check" in much smaller type. But just as she was about to do her part for a cleaner planet and deliver the paper from the parking lot to a trash can, she noticed it was a real cashier's check with a real signature.
"I couldn't believe it. I almost passed out," Curtis, who works as a loan negotiator, told The Associated Press on Wednesday. "I have never seen a check that big. Not in my possession, anyway."
She immediately set out to find its rightful recipient, but it was Saturday afternoon and the banks were closing. On Monday, with help from KCAL-TV reporter Dave Malkoff, she located the check's owner, who had arrived at her bank in a panic.
"I think she had walked in at the same time the bank manager called me back," Curtis said. "I could hear her walking up to him. and I could hear all this commotion in the background."
Curtis said she spoke briefly with the woman on the phone about a possible meeting, but Pacific Mercantile Bank instructed her to mail the check to them instead.
Not willing to take a chance on the mail, Curtis delivered it personally. A bank employee confirmed it had arrived.
Curtis said she never thought of keeping the check for herself, and she declined the woman's offer of a reward. Still, she's just a little disappointed.
"I just wanted to see her face," Curtis said, laughing. "I just wanted to let her know that there are honest people left in this world."
note : Well, this last line really make a sense on me
.. and for a what years, i write in english and never practised the grammar well. huh~ sori ibu.
Nama: muhammad thaaqhib mohammed Mastautin: hayyu ashir, kaherah, Egypt Tentang saya: menuntut di alazhar..fakulti undang2..jurusan syariah islamiah~ anak mohammed samsudin dan khairiah mohd ismail Profil Selanjutnya